SISTEM DAN PENDIDIKAN
MENURUT IBNU SINA
I.PENDAHULUAN.
- dikenal di bidang bahasa, sastra dan perubatan
sehingga melayakkan untuk diberi gelaran Mahaguru Pertama .
2. BIOGRAFI
IBNU SINA.
- Nama asli beliau ialah Abu Ali al-Husain Ibn
Abdullah Ibnu Sina.
·
Lahir pada 980 M / 370 H di sebuah kampung bernama Afsahan, di daerah Kahrmisan Bukhara.
- Hidupnya diabadikan dalam dunia ilmu
pengetahuan.
- Sejak kecil mempelajari ilmu, seperti :
Filsafah, geometri, ilmu hisab, feqih, logic, perubatan dll.
- Beliau langsung dibimbing oleh bapaknya sendiri,
yang bernama Abdullah.
3. KARYA PENULISAN.
Menghasilkan lebih kurang
276 tulisan dan buku, komentar, risalah dalam berbagai bidang.
Tidak dapat dinafikan bahawa karya Ibnu Sina yang
membincangkan panjang lebar tentang falsafah pengetahuan dalam al-syifa. Buku ini dianggap buku yangbterpenting dalam
falsafah pengetahuan di timur dan di barat. Malah buku ini telah diterjemahkan
ke dalam bahasa latin dengan tajuk Sufficientioa yang merupakan “ The
Longest encyclopedia of knowlwdge. Ever written by one mar ( nasr, 1969).
Ibnu sina
menggunakan dua cara dalam menulis kitab-kitabnya, ada kitab yang ditulisnya
untuk orang awam atau sebahagian besar penuntut hikmat, ada kitab orang yang
khusus atau untuk dirinya dan orang yang dekat kepadanya.
Maknanya
beliau tidaklah menyalahi falsafah mashsaiyah (peripatetic) yang dikenal orang.
Inilah yang klita namakan mazhab yang terkenal. Dalam kitab-kitab lain, Ibnu
Sina menyatakan terus terang bahawa ia memasukkan falsafah dalam kitab
sebagaimana sebenar tampa segan-segan menentang falsagfah yang terkenal di
kalangan orang kebanyakan. Beliau berpesan agar hikmat ini disembunyikan kepada
orang ramnai. Inilah yang disebut mazhab tertutup.
4. SISTEM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN.
4.1.yang utama sekali, Ibnu Sina
meletak tanggung jawab besar di bahu ibubapa untuk menyempurnakan anak-anak,
sebagai contoh : unsur pemilihan nama bagi anak-anak kerena ada faedah dan
inplikasi tertentu tehadap pemilihan nama ini.
4.2.
Pendidikan Akhlak.
Bilalah proses pendidikan bermula ?
Ibnu Sina menegaskan Pendidikan selepas sahaja kanak kanak itu tamat penyusuannya ( al-rodo’at ), dan
tahap awal ini pendidiakan bermula dengan akhlak. Ibnu Sina menggunakan
istilah Ta’dib bagi menjelaskan kepentingan
pendidikan akhlak yang bersifat definsif iaitu sebelum kanak-kanak ini
berhadapan dengan tingkahlaku yang tidak baik dan kecenderungan yang buruk ( al-akhlakul-laimah
).
Ini sesudah tentu dalam
kontek pergaulan dengan rakan sebaya dan lain-lain. Alasan Ibnu sina dalam
kontek ini ialah biasanya kanak-kanak itu cepat boleh terpengaruh dengan
bentuk-bentuk akhlak yang buruk atau tabiat yang tidak baik. Mereka juga
katanya belum tahu tentang nilai dan perbezaan baik-buruk dan belum tahu untuk
mengelak darinya.
Justeru
itu adalah lebih berfaedah kepada mereka sendiri supaya senantiasa berjauhan
dari bentuk-bentuk berkenaan. Inilah pendekatan defensifi yang
ditekankan oleh Ibnu Sina pada tahap awal ini.
Bagaimana
Kita untuk mencapai ta’dib yang
berkesan ? Ibnu Sina menerangkan beberapa pendekatan pratikal untuk digunakan .
Antaranya ialah dengan menjadikan mereka merasa takut sambil menggalakkan anak
itu belajar, memberi semangat, marah, di puji pada hal-hal yang sesuai. Jika
perlu kekerasan . Tujuan pukulan hanyalah untuk merasakan sedikit kesakitan
kepada mereka justeru untuk memberikan pengajaran.
4.3. Pengajian agama dan
Kesusteraan.
Apabila kanak-kanak membesar,
supaya boleh bercakap dan mendengar dengan baik, maka ia perlu belajar dan
menghapal Al’Qur’an, mempelajari huruf alphabet dan agama, puisi, qosidah.
Disini ia mesti mula dengan puisi kerana ia lebih senang untuk diingati justeru
ia ringkas dan mudah bentuknya.
Tujuan pengajian ini ditahap ini Ibnu Sina ialah
kerana ingin untuk mendapatkan kebaikan adab (fadlul adab), menyintai
ilmu pengetahuan dan elak kebodohan. Isi puisi itu pula hendaklah ada gesaan
supaya menghormati ibubapa ( Bir al
Walidain ) mengamalkan tingkah launyang mulia ( Istina’ al- Ma’ruf )
dan memuliakan tetamu ( qira al-daif ) dan lain-lain ciri akhlak mulia (makarim
al-akhlak)
Disini Ibnu Sina juga tidak lupa menerangkan kuliti
seorang guru yang baik : guru yang bijak dan beragama, sentiasa praktis akhlak
yang baik dan ada minat untuk menolong
kanak atau pelajar, bersih, amanah, mudah mestra, mempunyai adab, makan-minum,
berbicara dan bersosial.
4.4. Pengajian Lanjutan.
Setelah mempelajari
Al-Qur’an dan agama serta mengingati asas-asas bahasa, pemerhatian perlu dibuat
terhadapnya tentang kursus-kursus yang sesuai dengannya serta masa depannya dan
pekerjaannya di hari muka. Minat juga perlu diperhatikan. Jika minat kepada
tulisan ( al-kitabah) , ia perlu belajar bahasa, penulisan dan retorika.
Ia juga perlu mempelajari mate-matika (al-hisab)
dan pengumpulan puisi-puisi. Jika ia minat lain-lain subyek. Ibnu Sina menggesa
supaya hal ini diambil kira. Penyesuaian perlu kepada pelajar. Pelajaran
kesusasteraan ini pun bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan semua boleh belajarnya.
Ibnu sina membayangkan bahawa setiap tahun didapati ada kelebihannya.
4.5. Pengajian Tinggi.
Selanjutnya, Ibnu Sina menerangkan tahap yang lebih
tinggi, pelajar boleh ilmu mate-matika (al-hisab), dan lain boleh
Kejuruteraan sementara yang lain lagi boleh belajar perubatan ( al-tibb)
beginilah yang terjadi tiap-tiap tahap hingga sempurna. Subyek-subyek ini
menurut Ibnu Sina adalah punca dari skima pendidikannya yang telah dimulakan
sejak selepas tamat penyusuan tadi. Setiap tahap umur disesuikan dengan
pelajaran dan ilmu pengetahuan.
Apa yang
beliau sarankan itu lebih bersifat rasional, dengan erti untuk semkua lapisan
rakyat. Namun katanya ada juga orang-orang yang terpelajar tidak menuruti skima
itu. Mereka memilih jalan sendiri dengan melakukan pengorbanan sendiri.
Kumpulan ini menurutnya pada akhirnya tidak mampu untuk mencapai ap yang
dicita-citakan.
Guru-guru
adalah agen penting kemajuan para pelajar, dalam hal ini, guru-guru perlu
perhatian tabiat, minat serta kecerdikan pelajar dan sesuikan ilmu yang
dipelajari dengan pekerjaan. Ini boleh membantu pelajar menentukan masa
depannya, kemudia bolehlah ia betulkan niat dan keazaman kepada alam pekerjaan.
Semua
usaha-usaha ini boleh membentuk kehidupannya yang berbeza dari sebelumnya,
setelah belajar kemudian mendapatkan kerja dan mahir, lalu anak / pelajar perlu
menikmati upah atau gaji dan dari itu ia boleh membina kehidupan dan keluarga
serta tidak bergantung dan terpisah dari orang-tuanya.
# Ulasan yang dapat tentang
skima dan falsafah Ibnu Sina : bahawa pendidikan adalah tanggung jawab
nasional, pihak berkuasa perlu membentuk undang-undang supaya ibubapa memberi
perhatian yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak, kank-kanak perempuan dan
laki-laki mestilah dijuruskan dalam pelajaran yang sesuai dengan jantina mereka
. ini dijelaskan oleh Ibnu sina dalam kitab Al –Shifa , namun da;lam
sistem pendidikan yang diajukan Ibnu sina ini tidaklah detil kalau dibandingkan
dengan Plato dan aristotle dalam tradisi Greek.
Apakah obyektif pendidikan menurut Ibnu Sina ?
berpadukan kepada huraian diatas, kita dapat kenal pasti obyektif yang mahu
didapatkan seperti ringkasan iaitu :
1.Pendidikan Akhlak.
2.Pendidikan Agama.
3.Penekanan terhadap kecintaan
terhadap ilmu
dan hikmah.
4.Pendidikan dan
perkembangan Intelek.
Obyektif
akhir di atas sesuai dinisbahkan sebagai
pelajaran di tahp ijazah pertama yang dapat membawa pelajar ke alam pekerjaan.
Dan usia mereka ditahap ini menurut Ibnu Sina ialah lapan belas tahun. Sepanjang skima ini didapati Ibnu sina
telah mengenepikan pendidikan jasmani.
Kecendrungan
ini memperlihatkan sikap Ibnu Sina yang mementingkan akhlak dan pembangunan
intelek, bukan fizikal. Pilihan yang akhir ini hanya sesuai untuk kumpulan
“gurdian”. Ibnu Sina mahukan kesempurnaan dalam kehidupan yang boleh membawa
manusia kepada kebahagian (al-sa’adah). Untuk tujuan ini penyucian jiwa melalui
pembinaan akhlak dan intelek yang baik sangat diperlukan sebab itulah Ibnu sina
memberi fokas kepada akhlak dan intelek.
Dari
tahap awal lagi Ibnu Sina telah memberi tumpuan khusus kepada akhjlak dimana
ibubapa dan keluarga adalah gurtu serta sekolah yang pertama. Ini juga memberi
makna bahawa para ibubapa
bertanggungjawab membuktikan amalan nilai-nilai akh;lak yang mulia. Anak-anak
dapat meniru terus-menerus bentuk-bentuk akhlak tersebut. Kemudian dituruti
oleh pengajian al-Qur’an dan agama serta kecintaan terhadap ilmu yang
diwakilkan oleh bidang kesusasteraan. Akhlak, al-Qur’an, agama serta cinta ilmu
menduduki peringkat atas dalam pembentukan insan yang baik. Sesungguhnya
bidang-bidang ini tidak boleh dipisahkan.
Ibnu Sina kelihatan mahu menjelaskan bahawa pembentukan
“Kekuatan dalam diri atau daya tahan” perlu dimulakan sejak awal lagi sebelum “
rebung bertukar menjadi buluh”. Unsur defensif ini akan bertindak menjaga dan
mengawal individu pabila berhadapan dengan dengan anika pengaruh. Selain faedah
dari segi akhlak, skima ini juga telah meletakan bahawa batu asas ilmu
pengetahuan dan pendidikan itu boleh mempelajarimatematik, kejuruteraan,
perubatan dan sebaginya.
5. INSTITUSI KELUARGA.
Dari segi penulisan kitab as-siyasah bukanlah
sebuah hasil karya falsafah yang benar dan berpengaruh seperti al-syifa’
al-Isharat wa al-tanbihat dan lain-lain. Kitab ini karangan Ibnu Sina, yang
mengemukakan suatu analisa umum tentang teori-teori yang menyangkut pengurusan
rumah tangga, dalam huraian tersebut Ibnu Sina menekankan fungsi “Master” atau
tuan rumah yakni suami yang memiliki tanggung jawab menyeluruh dan wanita sebagai
istri adalah “rakan kongsi hidup sejati” bagi suami.
Dan
istri menghadapi peranan yang bertambah apabila suami bertugas di luar ialah
menjaga dan mengurus harta dan rumah tangga serta menyempurnakan pendidikan
anak-anak.
Ahli-ahli filsafat islam seperti al-farabi dan Ibnu
Sina memandang sangat penting institusi keluarga. Kepada mereka perkahwinan itu
sendiri adalah tiang atau ‘platform’ yang utuh kearah pembentukan masyarakatdan
bandar. Justeru itu Ibnu Sina dalam bahagian akhir kitabnya “al-Syifa menekannkan
betapa perlunya pentadbir negara menerangkan undang-undang perkahwinan.
Perkahwinan boleh membawa kepada penerusan generasi, justeru itu ia perlu
diurus di bawah penentuan undang-undang negara. Untuk mengel;ak lahirnya
gejala-gejala yang kurang sihat dalam masyrakat, maka Ibnu Sina merakamkan
bahawa semua upacara dalam perkahwinan itu mestilah mengikut norma-norma agama.
Kaum wanita mestilah dijaga dan diawasi, baik pakaianntya atau pun
keselamatannya. Disini juga ada dijelaskan bahawa ibubapa mestilah memberikan
pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak perempuan hendaklah
dijuruskan dalam bidang-bidang yang sesuai dengan”nature” mereka ( fi
ma yakhussuha ) sementara lelaki dibidang-bidang untuk mencari nafkah hidup
(ai-nafaqa) .
6. KESIMPULAN.
Asas dan tujuan utama pendidikan menurut Ibnu Sina
ialah memanusiakan manusia maksudnya manusia sentiasa ada potensi untuk membuat kemajuan bagi diri
sendiri baik kalau dihalusi kepasa aspek-aspek yang lebih detil, obyektif
pendidikan bermatlamatkan untuk mencapai dan men]majukan pelbagai aktifiti,
sekoah ataui universiti kita : persepsi, memori, imaginasi, rasional kemahuan
atau rohani, intelektual , walaupu Ibnu Sina kurang kurang memberikan tumpuan
dalam kemajuan jasmani justeru perhatiannya lebih dalam perbagi rasional,
memori, kemahiran, intelektual, jasmani, rohani dan lain sebagainya.
Rujukan
1.
Al-Qifti, Tarikh al- Hukama’, 413-412.,
Ibnu Khallikin, wafayaf al-A’yan, 214-217., Ibn Abi Usaybiah, Uyun
al-Anba, fi Tabaqat al-Tatbba’, vol.3,3-29.
2.
Amir A. Rahman, Pengantar Tamadun Islam,
Kuala Lumpur, 1990.
3.
Erwin I.J. Rosenthal, Political Thought in
Medieval Islam : An Introductory Outline, Cambridge h.p., 1968, 142.
4.
Ali Mahdi Khan, The Elements of Islamic
Philososphy, 61.
5.
William E.Gohlman, The Life of Ibnu Sina, 19.
SISTEM DAN PENDIDIKAN IBNU SINA M IHSAN DACHOLFANY
BalasHapus